PEMANDU meredah air dalam kejadian banjir kilat selepas hujan lebat kira-kira sejam di Persiaran Gerbang Utama, Bukit Jetutong. FOTO Mohd Asri Saifuddin
BANJIR kilat di sekitar kawasan Sungai Rasau, Shah Alam. FOTO Rosdan Wahid
PENDUDUK meredah banjir kilat di sekitar kawasan Kampung Air Kuning, Sungai Rasau. FOTO Rosdan Wahid
Norzamira Che Noh
hmetroshahalam@hmetro.com.my
Shah Alam: Hujan lebat kira-kira sejam petang tadi menyebabkan Kampung Air Kuning di Sungai Rasau di sini dilanda banjir kilat sedalam 50 sentimeter.
Penduduk, S Kumar, 42 berkata, isterinya menghubunginya sekitar 4 petang dan memaklumkan hujan lebat dan air mula naik di kawasan sekitar rumah mereka. "Setiap kali hujan lebat, rumah saya dimasuki air pada paras buku lali. Justeru, kami sering mengambil langkah berjaga-jaga kerana rumah kami baru saja dimasuki air kira-kira dua minggu lalu," katanya di sini, hari ini.
Ketika tinjauan sekitar 6 petang mendapati banjir sudah mulai surut ke paras buku lali.
Sementara itu, Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, pasukan Pantas MBSA menerima tiga laporan mengenai kejadian pokok tumbang di sekitar bandar raya itu.
"Aduan diterima di Seksyen 9, Seksyen 3 dan Seksyen 13. Selepas menerima laporan, pasukan Pantas kami bergegas ke kawasan berkenaan untuk memantau situasi selain mengawal lalu lintas.
"Warga Shah Alam yang mempunyai aduan khususnya kecemasan seperti pokok tumbang, tanah runtuh atau banjir boleh menghubungi unit Pantas di talian 03-55105811," katanya.
myMetro 10 Mei 2016
PENDUDUK meredah banjir kilat di sekitar kawasan Kampung Air Kuning, Sungai Rasau, Shah Alam. FOTO Rosdan Wahid
Shah Alam: Seramai 379 mangsa banjir dan ribut melibatkan 92 keluarga ditempatkan di tiga pusat pemindahan di Selangor malam ini.
Jurucakap Bomba Selangor berkata, 15 mangsa ditempatkan di Dewan Orang Ramai Kampung Perepat, Kapar; 323 mangsa di Dewan Orang Ramai Taman Sri Gemilang, Sepang; dan 41 mangsa di Dewan Orang Ramai Dengkil, Sepang.
"Mangsa ditempatkan di Dewan Orang Ramai Kampung Perepat, Kapar berikutan kejadian ribut yang melanda kawasan mereka," katanya ketika dihubungi.
Tinjauan di sekitar Shah Alam mendapati sebahagian bandar raya Shah Alam dilanda banjir kilat ekoran hujan lebat petang ini termasuk di laluan Persiaran Kayangan berdekatan hotel Concorde dan Pusat Akuatik Darul Ehsan.
Majlis Bandaraya Shah Alam dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima tiga aduan berkaitan kejadian pokok tumbang di Seksyen 3, 9 dan 13 di Shah Alam akibat hujan lebat.
Kejadian banjir di Shah Alam yang bermula kira-kira 5.20 petang bagaimanapun surut 40 minit kemudian. - Bernama
myMetro 10 Mei 2016
0 comments:
Post a Comment