May 6, 2016

Babi mati tersangkut pagar sekolah

BABI hutan yang tersangkut pada pintu pagar kedua Sekolah Kebangsaan Beserah. FOTO ihsan pembaca

Asrol Awang
am@hmetro.com.my

Kuantan: Seekor babi hutan dipercayai tersesat tersangkut pada pintu pagar kedua Sekolah Kebangsaaan (SK) Beserah, di sini, pagi tadi.

Kehadiran haiwan liar itu disedari seorang pengawal keselamatan jam 6.30 pagi sebelum memaklumkan kepada guru sekolah berkenaan.

Bagaimanapun, ia mati kira-kira dua jam kemudian kerana tidak dapat melepaskan diri apabila kepalanya tersangkut pada pintu pagar berkenaan.

Pengarah Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Pahang, Zainal Yusoff berkata, empat anggotanya bergegas ke sekolah itu pada jam 6.40 pagi selepas menerima aduan.

Katanya, sebaik tiba, seekor babi dilihat tersangkut pada jeriji pagar pintu sekolah dalam keadaan berlumuran darah.

"Disebabkan ia membabitkan kes haiwan liar, kami menghubungi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) untuk tindakan lanjut," katanya.

myMetro 4 Mei 2016



0 comments:

Post a Comment