May 6, 2016

Ajal tidur atas landasan

KETIKA kejadian, kereta api dalam perjalanan dari Tumpat ke Dabong. FOTO ihsan pembaca

Siti Nadzirah Che Mud
am@hmetro.com.my

Machang: Lelaki maut digilis kereta api di Kampung Belukar Panjang, Temangan, pagi tadi.

Dalam kejadian 5 pagi tadi, mangsa, 29, yang juga penagih dadah dikatakan tidur di atas landasan keretapi sebelum digilis keretapi berkenaan.

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Dzulkifli Abd Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan pada 5.49 pagi daripada kakitangan kereta api memaklumkan terlanggar mangsa yang dipercayai tidur di atas landasan berkenaan.

Katanya ketika kejadian, kereta api itu dalam perjalanan dari Tumpat ke Dabong.

"Hasil siasatan di tempat kejadian, mayat mangsa berkecai diseret keretapi berkenaan.

"Mayat dibawa ke Hospital Machang untuk bedah siasat," katanya.

myMetro 5 Mei 2016


Lelaki maut diseret kereta api

Anggota polis mengangkat jenazah mangsa di tempat kejadian di Kampung Belukar Panjang, semalam.

MACHANG - Gara-gara tertidur di atas landasan kereta api, seorang lelaki maut dilanggar kereta api kira-kira jam 5 pagi, semalam.

Mayat mangsa, Mohd Fadli Mahussain, 29, ditemui dalam keadaan menyayat hati apabila badannya berkecai di kawasan sekitar kemalangan di Kampung Belukar Panjang, dekat Temangan di sini.

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Dzulkifli Abdul Ghani berkata, lelaki tersebut diseret kereta api yang dalam perjalanan dari Tumpat selepas dipercayai tertidur di atas landasan itu awal pagi semalam.

Katanya, kejadian disedari pemandu kereta api sebelum membuat laporan polis mengenai kemalangan berkenaan.

Tambahnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Machang untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarga untuk dikebumikan.

Wartawan Sinar Harian
6 Mei 2016




0 comments:

Post a Comment