May 21, 2016

Ajal rempuh belakang treler

Mohd Sharif meninggal dunia selepas lori dipandu melanggar belakang treler. FOTO Rosli Ilham

Rosli Ilham

Dungun: Pemandu lori maut selepas lori yang dipandunya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 373.5, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Bukit Besi, pagi ini.

Mohd Sharif Mat Saleh,36, maut selepas lori yang dipandunya dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh belakang treler dalam kejadian 5.30 pagi.

Ketika kejadian, kedua-dua kenderaan berkenaan dalam perjalanan dari Kuantan ke Kuala Terengganu.

Kejadian itu menyebabkan Mohd Sharif yang berasal dari Kubang Bakong, Kuala Terengganu meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan anggota badan.

Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat sementara pemandu treler berusia 59 tahun tidak cedera.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Ahmad Zailani Yaacob ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

myMetro 21 Mei 2016



0 comments:

Post a Comment