May 13, 2016

Ajal ketika mencuri

Shamsul Munir Safini
shamsulmunir@hmetro.com.my

Seberang Jaya: Remaja lelaki, 18, maut ketika bergelut dengan orang ramai selepas dicekup mencuri 'sport rim' kereta di sebuah bengkel di Kampung Sutera, di sini , jam 5 pagi tadi.

Mangsa dipercayai penagih dadah itu memecah masuk bengkel seorang penduduk di situ sebelum disedari pemiliknya.

Difahamkan, lelaki yang juga pemilik serta beberapa rakannya mencekup remaja berkenaan yang sedang mengangkat rim berkenaan ke atas motosikal curinya.

Sumber berkata, ketika bergelut untuk melarikan diri daripada kepungan penduduk kampung itu, remaja berkenaan tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri.

Menurutnya, polis masih menyiasat punca kejadian dan sudah mengambil keterangan saksi untuk membantu siasatan.

Katanya, pemilik bengkel ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 kerana membunuh.

myMetro 13 Mei 2016

0 comments:

Post a Comment