May 9, 2016

13 beranak hilang tempat tinggal

MANGSA, Samsudin Idris, 67, melihat rumahnya yang hangus dijilat api di Kampung Kelaweh, Machang. FOTO Faris Zainuldin



Siti Nadzirah Che Mud
am@hmetro.com.my

Machang: Tiga belas beranak tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman mereka di Kampung Kaabah, dekat Kelaweh, di sini musnah dalam kebakaran pagi tadi.

Kejadian 8 pagi tadi itu turut memusnahkan empat motosikal Yamaha Ego S, Kriss, Honda EX5 dan Honda 70 serta kereta Satria.

Bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Machang, Jafar Jafari Mustafa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.33 pagi sebelum sebuah jentera dengan kekuatan lapan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Setibanya di lokasi kejadian didapati api sudah marak dan rumah separuh kekal berkenaan terbakar 100 peratus.

“Proses pemadaman tamat sepenuhnya 30 minit kemudian manakala punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

myMetro 8 Mei 2016



0 comments:

Post a Comment