April 19, 2016

Tiga maut nahas di Teluk Intan


Keadaan kereta mangsa remuk selepas bertembung lori.

Lori terbabit terbabas masuk parit selepas bertembung dengan kereta berkenaan.

TELUK INTAN - Tiga maut manakala seorang cedera dalam satu kemalangan melibatkan sebuah kereta dan lori di Batu 8, Jalan Changkat Jong, tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad berkata, mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Chiew Ming Keng @ Chow Ming King berumur 76 tahun dari Sitiawan yang merupakan pemandu kereta berkenaan.

“Mangsa kedua dipercayai seorang wanita warganegara Indonesia, manakala identiti mangsa ketiga juga seorang wanita masih belum dikenal pasti berikutan tiada pengenalan diri ditemui bersama mangsa,” katanya, semalam.

Wan Hassan berkata, siasatan awal polis mendapati pemandu lori cuba mengelak kereta jenis Mercedes Benz yang dipandu Ming Keng dari arah bertentangan yang memasuki laluannya.

“Menyedari mangsa memasuki laluannya, pemandu lori ini terus menghimpit ke laluan kirinya namun berlaku pelanggaran di antara kedua-dua kenderaan.

“Rempuhan berkenaan menyebabkan pemandu dan penumpang kereta maut di lokasi kejadian,” katanya.

Katanya, semua mayat dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat.

Sinar Harian 25 Mac 2016

0 comments:

Post a Comment