April 22, 2016

Tiga maut bertembung lori

FOTO ihsan bomba

Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail
rabiatul@hmetro.com.my

Sri Aman: Seorang lelaki dan dua wanita maut dalam kemalangan membabitkan kereta dan lori di Kilometer 63, Jalan Sri Aman-Sarikei di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 1 pagi itu, ketiga-tiga mangsa tersepit dalam kereta dinaiki, manakala pemandu lori serta kelindan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Sherrine Ben, Madelina Mustardi dan Shamuel Vincent, masing-masing 20 tahun.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, enam anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Betong mengambil masa kira-kira 50 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

myMetro 22 April 2016


Tiga sahabat pulang bercuti maut

ANGGOTA bomba bertungkus-lumus mengeluarkan tiga mangsa yang tersepit dalam sebuah kereta Perodua Viva selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 63, Jalan Sri Aman-Sarikei, Sri Aman semalam.

Oleh MULLER ASEN

SRI AMAN – Hasrat tiga sahabat pulang ke kampung halaman untuk menghabiskan cuti hujung minggu tidak kesampaian apabila mereka maut dalam kemalangan di Kilometer 63, Jalan Sri Aman-Sarikei di sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, ketiga-tiga mangsa iaitu Shamuel Vincent, Sherine Beb dan Madelina Mustadi me­ninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada kepala dan badan. Ketiga-tiganya berumur 21 tahun.

Menurut sumber, ke­semua mangsa yang masih menuntut di sebuah pusat pemba­ngunan kemahiran di Kuching dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah keluarga masing-masing di Sibu.

Katanya, nahas ngeri yang melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Viva dan sebuah lori kargo itu dipercayai berlaku apabila kenderaan dipandu Shameul tiba-tiba hilang kawalan lalu bertembung dengan lori terbabit.

Kosmo 23 Apr 2016


0 comments:

Post a Comment