April 25, 2016

Setan punya penagih

Kesan darah di rumah wanita warga emas yang lehernya di kelar dipercayai oleh lelaki yang juga penagih dadah. FOTO Rosli Ilham
Rosli Ilham

Dungun: Wanita warga emas parah selepas lehernya dikelar seorang lelaki dipercayai penagih dadah yang menceroboh rumahnya di Kampung Alor, di sini, 5.30 pagi semalam.

Selain itu, wanita berusia 87 tahun terbabit dipercayai turut ditumbuk hingga patah bahu dan lebam mata sebelum lelaki berkenaan melarikan diri.

Mangsa yang tinggal sendirian dalam keadaan berlumuran darah dikatakan menjerit minta pertolongan jirannya sebelum dikejarkan ke Hospital Dungun dan dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub yang mengesahkan kejadian itu berkata, seorang lelaki berusia lingkungan 30-an ditahan 9 pagi semalam di Kampung Sungai Buaya untuk membantu siasatan.

Menurutnya, mangsa yang masih dirawat kini berada dalam keadaan stabil dan siasatan kini dijalankan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

myMetro 25 April 2016



0 comments:

Post a Comment