April 23, 2016

Rebah di gelanggang futsal

Mohd Fadly Samsudin
fadly@hmetro.com.my

Subang Jaya: Lelaki 33 tahun meninggal dunia selepas rebah tiba-tiba ketika bermain futsal, di sini, malam tadi.

Arwah Mohd Khairil Anwar yang juga pekerja di syarikat pembuat cakera keras di Petaling Jaya dipercayai mengalami sesak nafas sebelum rebah dan pengsan.

Difahamkan, sebaik pengsan mangsa turut diberikan bantuan CPR namun mangsa disahkan meninggal dunia sebelum dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

"Mengikut rekod perubatan bedah siasat, arwah meninggal dunia kerana serangan jantung," katanya.

Sementara itu, jenazah dibawa ke Kampung Rantau Panjang, Klang, untuk dan dikebumikan selepas Asar.

myMetro 23 April 2016


Ajal ketika main futsal

Gambar kenangan Mohd. Khairil bersama isteri dan empat anaknya.

PETALING JAYA – Seorang lelaki meninggal dunia akibat sesak nafas selepas bermain futsal bersama rakan-rakannya di Sports Planet Subang Grand, Subang Jaya kelmarin.

Kosmo! Ahad difahamkan, mangsa, Mohd. Khairil Anwar, 33, tiba-tiba rebah selepas berehat untuk membeli air minuman pada hari kejadian.

Menurut jurucakap Sports Planet Subang Grand yang enggan dikenali, mangsa beraksi seperti biasa namun mengambil keputusan berehat seketika ke­rana dahaga dan mahu membeli air minuman.

“Mangsa telah rebah secara mengejut berpunca daripada sesak nafas dan pihak kami segera menghubungi pihak hospital untuk mendapat bantuan kecemasan.

“Pegawai perubatan berusaha untuk menyelamatkan mangsa. Sejurus tiba, dia bagaimanapun didapati sudah tidak bernyawa dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

24 Apr 2016

0 comments:

Post a Comment