April 19, 2016

Polis buru pemandu van langgar lari


Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Gambar kanan: Polis memerlukan bantuan orang awam bagi mengesan pemilik atau pemandu van berkenaan.

RAWANG - Pemandu atau pemilik sebuah van jenis Mitsubishi Delica bewarna kelabu menggunakan nombor pendaftaran PCB2494 diminta tampil bagi membantu siasatan kes langgar lari di Kilometer 27 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur‎ berhampiran lampu isyarat Taman Bersatu, di sini Selasa lalu.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, pemandu van berkenaan meninggalkan lokasi beberapa saat selepas melanggar seorang lelaki berusia 54 tahun.

Sumber polis berkata, pihaknya memerlukan bantuan orang awam bagi mengesan pemilik atau pemandu van berkenaan.

"Nombor pendaftaran dan alamat van berkenaan dah tak wujud hasil semakan dibuat.

"‎Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah dan pendarahan dalaman  yang dialami," katanya.

Katanya, sebarang maklumat boleh dibuat dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Zharif Zakarian di cawangan trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak, 03-61262222.

Sinar Harian 1 Apr 2016

0 comments:

Post a Comment