April 19, 2016

Pengawal selamat nyawa pemandu nyaris dihempap kren tumbang

KEADAAN kren di tapak pembinaan yang tumbang.

“Nasib baik saya mendengar bunyi kabel putus dan sempat menghalang seorang pemandu kereta Toyota Camry melalui kawasan ini. Jika tidak mungkin kereta itu dihempap besi kren tumbang,” kata seorang pengawal keselamatan, Omar Mat Arat, 54,

Dalam kejadian jam 11.45 pagi semalam, Omar menjalankan tugasnya di luar bangunan berhampiran Menara Maybank, Bangsar di sini.

Bagaimanapun kren setinggi hampir 40 meter tiba-tiba tumbang dan jatuh ke arah jalan berhampiran dari tapak pembinaan berhampiran.

Omar berkata, dia sempat melihat kren itu terhuyung- hayang dan berasa sesuatu buruk akan berlaku.

“Ketika itu, seorang lelaki berusia 40-an melalui kawasan ini dengan memandu kereta Toyota Camry. Saya dengan pantas menahan kenderaannya sebelum meminta dia berhenti.

“Kira-kira lima saat kemudian, kren itu tumbang sebelum menghempap bahagian kanan van milik syarikat pendawaian,” katanya.

Beliau berkata, pekerja syarikat pendawaian itu tiada di dalam van kerana membuat kerja penyelenggaraan di dalam bangunan.

myMetro 9 April 2016



0 comments:

Post a Comment