April 19, 2016

Pemandu rentung kereta langgar lori


KERETA jenis PERODUA Myvi yang terbakar selepas merempuh sebuah lori awal pagi tadi menyebabkan pemandunya rentung.

Oleh Suzalina Halid suzalina@bh.com.my

BANDAR BAHARU: Seorang pemandu rentung selepas keretanya terbakar sejurus terbabit kemalangan di Kilometer 175.8 Lebuhraya Utara-Selatan, berhampiran Serdang, dekat sini awal pagi tadi.

Kejadian kira-kira jam 2.20 pagi apabila PERODUA Myvi dipandu mangsa dari arah Bandar Baharu menuju Bukit Merah, melanggar belakang sebuah lori lalu terbakar.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah berkata, pihaknya menerima panggilan jam 2.25 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Serdang dikejarkan ke lokasi.

"Sebaik tiba, ada seorang mangsa rentung sepenuhnya di dalam PERODUA Myvi dan usaha mengeluarkan mayat segera dilakukan. Setakat ini, jantina dan identiti mangsa masih gagal dikenal pasti dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Berita Harian 6 Apr 2016

0 comments:

Post a Comment