April 28, 2016

Pelajar maut kemalangan motosikal


HAZELEN LIANA KAMARUDIN

PASIR MAS - Seorang pelajar Kolej Vokasional Pengkalan Chepa maut selepas motosikal yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan di Jalan Pasir Mas - Kota Bharu berhampiran Kampung Wakaf Merah di sini petang semalam.

Difahamkan kejadian jam 4.30 petang itu berlaku ketika mangsa, Nik Muhammad Aiman Mohd Izanee, 17, dalam perjalanan dari arah Kota Bharu ke Pasir Mas.

Mangsa yang berasal dari Pengkalan Chepa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan patah paha kiri.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Ibrahim Saad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Sinar Harian 27 April 2016

0 comments:

Post a Comment