April 19, 2016

Mayat guru dalam tandas homestay

KUALA SELANGOR - Seorang guru dijumpai mati di dalam bilik air sebuah banglo yang dijadikan homestay di Taman Desa Mawar, Tanjong Karang di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Roslan Abdullah berkata mayat Sobri
Yusof, 26, ditemui kira-kira pukul 9 malam oleh jirannya yang curiga berikutan pintu depan banglo berkenaan tidak bertutup sejak awal pagi semalam.  

Roslan berkata, mangsa tinggal seorang diri di rumah berkenaan yang disewa sejak Jumaat lepas.  

"Mangsa merupakan anak kedua daripada lima beradik dan mengajar di Sekolah Menengah Agama Tanjong Karang.  

"Buat masa ini polis mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut kerana berdasarkan siasatan awal kami tidak menemui sebarang unsur-unsur jenayah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.    

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat. - Bernama

27 Mac 2016

0 comments:

Post a Comment