April 28, 2016

Maut kereta langgar pokok

Kereta yang dinaiki mangsa. FOTO ihsan pembaca

Norasikin Daineh

Tawau: Lelaki maut akibat tersepit selepas kereta yang dipandunya terbabas dan melanggar pokok di Batu 7 Jalan Apas, dekat sini, malam semalam.

Dalam kejadian 11.30 malam itu, mangsa Chin Sing Bing, 48, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, mangsa bersendirian dipercayai menuju bandar Tawau.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, kenderaan yang dipandunya hilang kawalan lalu terbabas ke pembahagi jalan dan merempuh pokok yang berada di pembahagi jalan terbabit.

"Keadaan kenderaan terbalik ke sebelah kiri dan melekat pada pokok manakala mangsa tersepit di bahagian penmandu sebelum dikeluarkan pasukan bomba yang tiba di lokasi kejadian," katanya.

Fadil berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Besar Tawau di tempat kejadian.

"Mayat mangsa dihantar ke hospital untuk dibedah siasat dan kemalangan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

myMetro 28 April 2016



0 comments:

Post a Comment