April 19, 2016

Mati tergantung dalam bilik air hotel

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki ditemui mati tergantung dalam bilik air sebuah hotel di Jalan Tebrau, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, insiden menimpa lelaki berusia 56 tahun dari Taman Pelangi itu mula disedari pekerja hotel kira-kira jam 10.30 pagi, semalam.

“Dari keterangan pihak hotel, mangsa dikatakan telah mendaftar masuk pada hari sebelumnya tetapi selepas selesai daftar masuk, mangsa pulang ke rumah dan masuk semula ke hotel pada jam 9 pagi, semalam.

“Ketika ditemui, mangsa dalam keadaan tergantung dengan tali nilon yang diikat pada paip dalam bilik air,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Sulaiman berkata, tiada kecederaan lain ditemui pada badan mangsa dan motif utama kematian masih disiasat.

“Kami turut menemui lebihan tali nilon yang serupa seperti ikatan pada mangsa dan sebilah parang dalam satu bungkusan merah dalam bilik didiaminya. Tiada sebarang nota ditemui bersamanya.“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut kerana tiada unsur jenayah dijumpai di lokasi kejadian,” katanya.

Sinar Harian 13 April 2016

0 comments:

Post a Comment