April 22, 2016

Lori terbalik, tiga cedera

Lori tiga tan yang terbalik di laluan berhampiran Jalan Bangsar menuju pusat beli-belah Mid Valley, 10 malam tadi.malam tadi. FOTO Kalidevi Mogan Kumarappa

Kalidevi Mogan Kumarappa

Kuala Lumpur : Tiga penumpang cedera, pemandu dan kelindan terselamat lori selepas yang dinaiki terbabas dan merempuh papan tanda serta tiang lampu berhampiran Jalan Bangsar menuju pusat beli-belah Midvalley, 10 malam tadi.

Tiga penumpang yang cedera sudah dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.

Pemandu lori berusia 50-an yang enggan dikenali berkata, dia dalam perjalanan dari pusat bandar sebelum terbabas dan melanggar tiang lampu di tengah - tengah jalan.

Katanya, dia cuba mengawal, tetapi gagal sebelum lori itu terbalik.

Kemalangan itu turut mengakibatkan kesesakan di laluan menuju Mid Valley berikutan lori berkenaan menghalang jalan dan laluan dari arah Mid Valley menghala Bangsar terpaksa ditutup seketika.

Kerja mengalihkan lori dari lokasi kejadian dilakukan dengan bantuan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan polis.

myMetro 21 April 2016



0 comments:

Post a Comment