April 28, 2016

Lenyek habis...

ANTARA kenderaan rosak teruk akibat kemalangan di Kok Lanas, semalam.

Kota Bharu: Masalah brek dialami lori muatan pasir dipercayai punca berlakunya kemalangan membabitkan lapan kenderaan di Kilometer 24/25 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai dekat Kok Lanas, di sini, semalam.

Kemalangan berlaku jam 10.15 pagi menyebabkan semua kenderaan iaitu dua Proton Wira, dua Perodua Myvi, masing-masing sebuah Proton Iswara dan Waja serta Mercedes remuk.

Manakala, seorang pemandu kenderaan itu (tiada identiti) cedera ringan dan dihantar ke klinik kesihatan berdekatan untuk rawatan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ketereh Mohd Rafain Mat Zain berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 10.25 pagi.

Menurutnya, enam anggota diketuai Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Machang, Othman Salleh ke tempat berkenaan.

“Ketika tiba sebuah lori membawa muatan pasir dan tujuh kereta termasuk kereta sewa Mercedes, Proton Wira, Proton Iswara dan Waja serta Perodua Myvi dilihat ‘bersusun’ di jalan berkenaan.

“Berikutan itu semua pemandu termasuk pemandu lori masing-masing keluar menyelamatkan diri.

“Hanya seorang pemandu cedera ringan dan dihantar ke klinik berdekatan dengan ambulans,” katanya.

Beliau berkata, kemalangan itu menyebabkan kenderaan rosak teruk di bahagian depan dan belakang.

“Ia menyebabkan kesesakan sejam dan polis mengawal keadaan ketika kami menjalankan proses mengalih kenderaan,” katanya.

myMetro 28 April 2016


Lori batu hentam tujuh kereta

Kemalangan membabitkan dua Myvi, dua Proton Wira serta masing-masing sebuah Proton Waja, Proton Iswara dan teksi jenis Mercedes. - Foto Ihsan Pembaca

Keadaan kereta yang rosak akibat dilanggar lori dalam kejadian 10 pagi tadi dipercayai akibat brek lori terbabit yang dalam perjalanan dari Machang ke Kota Baharu, tidak brefunsgi. - Foto Ihsan Pembaca

Keadaan kereta yang rosak dilanggar lori membawa muatan batu di di lampu isyarat di Simpang Pangkal Kalong, Kok Lanas. - Foto Ihsan Pembaca

Kota Bharu: Tujuh kereta dengan empat daripadanya rosak teruk selepas sebuah lori yang hilang kawalan, melanggar semua kenderaan berkenaan di lampu isyarat di Simpang Pangkal Kalong, Kok Lanas di sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Machang, Penolong Penguasa Bomba Machang Nik Ahmad Afsham Nik Pa berkata, kejadian berlaku 10 pagi tadi dipercayai akibat kegagalan sistem brek lori terbabit yang dalam perjalanan dari Machang ke Kota Baharu.

"Lori membawa muatan batu untuk menurap jalan itu dikatakan gagal menghentikan kenderaan lalu melanggar semua kenderaan di depannya yang ketika itu sedang menunggu lampu isyarat," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Nik Ahmad Afsham berkata kemalangan itu membabitkan dua Myvi, dua Proton Wira serta masing-masing sebuah Proton Waja, Proton Iswara dan teksi jenis Mercedes.

Beliau berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan semua tujuh mangsa yang cedera ringan dikeluarkan dari kenderaan masing-masing oleh orang awam.

Katanya, bomba membersihkan sisa minyak petrol di atas jalan raya selain memastikan tiada punca yang boleh menyebabkan kebakaran. - BERNAMA

myMetro 27 April 2016



0 comments:

Post a Comment