April 24, 2016

Lelaki tikam perut, paha wanita ditahan

MELAKA - Seorang lelaki yang disyaki menikam perut dan paha seorang wanitberjaya ditangkap sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah, di Kota Laksamana, di sini, kelmarin.

Lelaki berusia 34 tahun itu ditahan di Limbongan Baru, di sini, kira-kira jam 1 pagi selepas dipercayai menikam wanita berumur 47 tahun, Rabu lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Ramli Din berkata, dalam kejadian itu wanita berkenaan dikatakan turut dipukul hingga cedera di kepala selain lebam pada anggota badan.

"Suspek ditahan di hadapan bangunan di Limbongan Baru bersama keretanya dan pemeriksaan dilakukan kita menemui tompok darah dalam kenderaannya.

"Satu senjata turut ditemui di dalam kereta jenis Proton Persona dipandu lelaki tersebut yang kini mendapat perintah tahanan reman selama tiga hari bermula kelmarin.

"Lelaki itu ditahan bagi siasatan kes di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mencederakan menggunakan senjata," katanya.

Beliau berkata, motif serangan terhadap wanita itu masih dalam siasatan polis.

Wartawan Sinar Harian
24 April 2016

0 comments:

Post a Comment