April 19, 2016

Lelaki maut terbabas langgar pengadang jalan

SERDANG - Seorang lelaki maut apabila motosikal ditungganginya terbabas dan melanggar pengadang di Jalan Persiaran Kota Perdana di sini, semalam.

Mangsa, Loo Weng Sang, 39 meninggal serta-merta di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razimi Ahmad berkata, nahas itu berlaku kira-kira jam 10.15 malam.

"Siasatan dapati  mangsa menunggang motosikalnya dari arah Taman Ekuine menghala ke arah Giant Pinggiran Putra sebelum terbabas.

"Waris mangsa juga sudah di maklum berkenaan kemalangan itu," katanya.

Beliau berkata, saksi yang melihat kejadian tersebut diminta tampil bagi membantu siasatan.  Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sinar Harian 26 Mac 2016

0 comments:

Post a Comment