April 19, 2016

Kecoh ular sawa masuk reban

Ular ditangkap anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia ( JPAM) Kuala Krai.

KUALA KRAI - Bunyi bising dari reban ayam berjaya menyelamatkan ayam ternakan penduduk di Kampung Baru Peria dari dimakan ular, malam kelmarin.

Penduduk, Mohd Shakri Othman, 57, berkata, menyedari bunyi luar biasa itu dia bergegas ke reban ayam miliknya untuk melihat.

Menurutnya, dia melihat seekor ular sawa batik berada di dalam reban lalu segera memaklumkan perkara tersebut ke Pejabat Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kuala Krai.

“Bunyi bising ayam membuatkan haiwan ternakan itu tidak dimakan ular,” katanya.

Mohd Shakri berkata, kes ini merupakan yang kedua berlaku di reban ayamnya. Menurutnya, kejadian pertama selepas banjir tahun lalu.

Katanya, dia akan lebih berhati-hati selepas ini kerana turut dimaklumkan JPAm haiwan berbisa berkenaan kerap berlindung di kawasan redup dan sejuk.

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Krai, Mohd Hanif Omar berkata, sikap berhati-hati anggota masyarakat mengelak mereka menjadi mangsa haiwan berbisa itu.

Menurutnya, rumah, garaj, stor kayu, sekitar reban kerap menjadi tumpuan haiwan berbisa berkenaan.

“ Kita dapati kesemua jenis ular akan mencari perlindungan di kawasan sejuk dan redup. Setiap minggu kita menerima purata antara empat hingga lima kes,” katanya.

Jelasnya, haiwan ditangkap selalunya dibawa ke Pejabat Pertahanan Awam Daerah Kuala Krai dan sebelum diserahkan kepada Perhilitan.

Sementara itu, kes terbaharu tangkapan ular di daerah  Kuala Krai ialah di reban ayam rumah penduduk di Kampung Peria Baru, malam Sabtu lalu.

Sinar Harian 5 Apr 2016

0 comments:

Post a Comment