April 13, 2016

Hantu kacau kampung

GAMBAR jelmaan makhluk halus di atas pokok pisang. Gambar kanan, Ng Mow Mok menunjukkan lokasi didakwa penduduk pernah melihat makhluk halus di Kampung Lapan, Tengkera.

Mohd Hilmie Hussin
mohdhilmie@hmetro.com.my

Melaka: Gangguan makhluk halus dialami penduduk Kampung Lapan, Tengkera di sini, bukan lagi kisah dongeng atau tahyul apabila sebahagian besar daripada mereka terserempak jelmaan puntianak, pocong dan toyol sejak tiga minggu lalu.

Pelbagai gangguan dialami penduduk seperti melihat jelmaan puntianak melayang melewati pokok pisang selain kanak-kanak bertelanjang bulat dipercayai toyol berjalan di semak berhampiran kediaman mereka pada waktu malam.

Untuk rekod, kampung berkenaan dihuni 1,000 penduduk.

Penduduk, Abdul Halim Abdullah, 39, berkata, gangguan makhluk halus atau hantu terbabit menyebabkan penduduk risau untuk keluar rumah pada waktu malam, sekali gus menjadikan kampung terbabit sunyi sepi.

“Sebelum ini, saya boleh lihat kanak-kanak bermain walaupun hampir jam 6 petang, tetapi kini ibu bapa mengarahkan anak masing-masing pulang awal dan menutup tingkap rumah seawal jam 7 petang kerana risau diganggu hantu.

myMetro 13 April 2016



0 comments:

Post a Comment