April 19, 2016

Dua lelaki Nepal maut tersepit dalam kereta

KUALA LUMPUR - Dua lelaki warga Nepal maut selepas kereta yang dinaiki mereka hilang kawalan lalu terbabas sebelum melanggar batu penghadang jalan di Jalan Reko, Kajang di sini, tengah malam tadi.

Dalam kejadian 12.40 tengah malam tadi, kedua-dua mangsa Santa Lal Negi, 39, dan Makar Bahadur Subedi, 28, yang tersepit dalam kereta terbabit disahkan maut di tempat kejadian akibat cedera parah.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Willey Richard berkata, kereta yang dipandu mangsa terbabas melanggar penghadang sebelum terseret sejauh enam meter.

"Akibat hilang kawalan, kenderaan itu merempuh sebuah lagi kereta yang keluar dari simpang tempat letak kenderaan di stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

"Kedua-dua mayat dihantar ke Hospital Serdang untuk proses bedah siasat," katanya di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Willey meminta orang ramai yang melihat kejadian berkenaan,  tampil memberi maklumat kepada polis.

"Pihak Kedutaan Nepal telah dimaklumkan bagi membantu mengesan waris mangsa, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. – Bernama

30 Mac 2016


0 comments:

Post a Comment