April 28, 2016

Dipatuk ular dalam tandas

Muhammad Ar Rayyan Nazhan Mohd Nasrul yang dirawat di HSI.

Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my

Johor Bahru: Seorang murid lelaki tahun satu Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Kota Masai 2, Pasir Gudang menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI) sejak petang semalam selepas dipatuk ular di tapak tangan kiri di sekolahnya.

Ibu mangsa, Hajar Norhafiza Ismail, 30, berkata, kejadian berlaku kira-kira 3 petang semalam.

Menurutnya, anaknya sulung dari dua beradik itu, Muhammad Ar Rayyan Nazhan Mohd Nasrul kini berada dalam keadaan stabil.

"Saya difahamkan kejadian berlaku ketika anak berada di tandas sekolah di tingkat tiga.

"Anak memaklumkan dia dipatuk ular bewarna hijau dan agak panjang.

"Saya bersyukur anak dalam keadaan selamat," katanya.

Sementara itu, jurucakap Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Gudang mengesahkan kejadian.

myMetro 28 April 2016



0 comments:

Post a Comment