April 24, 2016

Bomba cari 3 jam

PASANGAN suami isteri warga emas yang diselamatkan anggota bomba, petang kelmarin.

Fuad Hadinata Yaacob
hadinata@hmetro.com.my

Klang: Hampir tiga jam diambil sepasukan anggota bomba dan penyelamat untuk mencari rumah seterusnya menyelamatkan sepasang suami isteri warga emas selepas pintu bilik mereka terkunci petang kelmarin.

Pasukan berkenaan hanya mempunyai maklumat ringkas iaitu Jalan Kem, tingkat tiga dan di bawah rumah ada kedai runcit dengan pemiliknya kaum India.

Berdasarkan maklumat terhad itu, pasukan diketuai Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang A Romzi Abu menjalankan operasi mencari kediaman pasangan itu.

Berkat kesabaran dan berdasarkan maklumat orang ramai mereka akhirnya menemui rumah pasangan itu.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan daripada mangsa pada jam 3.45 petang sebelum tujuh anggota dan pegawai Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang ke lokasi.

myMetro 24 April 2016



0 comments:

Post a Comment