April 19, 2016

Bekas Timbalan Ketua Polis Negara meninggal dunia

Tan Sri Mohamed Amin Osman (Gambar arkib Bernama bertarikh 3 April 1984). 

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamed Amin Osman meninggal dunia ketika menerima rawatan di Pusat Perubatan Prince Court di sini, akibat sakit tua pagi tadi.

Allahyarham yang berusia 89 tahun menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 5.30 pagi selepas tiga hari dimasukkan ke pusat perubatan itu sejak tiga hari lalu. Bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohamed Hanif Omar, mengesahkan perkara itu dan memberitahu jenazah bekas timbalannya akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Ampang selepas solat Jumaat hari ini.

"Saya difahamkan arwah dirawat di pusat perubatan itu akibat penyakit pneumonia. Allahyarham seorang pegawai polis yang berdedikasi dan mengamalkan disiplin yang tinggi ketika dalam perkhidmatan," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Allahyarham Mohamed Amin menyertai pasukan polis pada tahun 1949 sebelum dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara pada 1979 dan bersara pada 1985.

Berita Harian 1 Apr 2016

0 comments:

Post a Comment