April 24, 2016

Bekas Ahli Parlimen Balik Pulau meninggal dunia

BEKAS Ahli Parlimen Balik Pulau, Datuk Mohamad Subky Abdul Raof. FOTO ihsan pembaca

Shamsul Munir Safini
shamsulmunir@hmetro.com.my

Georgetown: Bekas Ahli Parlimen Balik Pulau, Datuk Mohamad Subky Abdul Raof, meninggal dunia di rumahnya dekat sini, tengah malam tadi.

Mohamad Subky, 79, menghembuskan nafas terakhirnya 12.34 tengah malam tadi dan meninggal dunia kerana sakit tua, selain dikatakan turut menghidap penyakit kanser.

Allahyarham yang juga saudara kepada bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, meninggalkan seorang isteri, Datin Hasnah Yahya, tiga anak dan sembilan cucu.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kariah Bayan Lepas pada 3 petang tadi.

Allahyarham pernah menang di Parlimen Balik Pulau pada Pilihan Raya Umum Ke-7 (PRU7) 1986, selain pernah menjawat jawatan Timbalan Ketua UMNO Balik Pulau pada 2007.

myMetro 24 April 2016



0 comments:

Post a Comment