April 21, 2016

Ajal rempuh lembu

MANGSA meninggal dunia di tempat kejadian akibat merempuh lembu yang melintas jalan. FOTO Farah Suhaidah Othman

Ipoh: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh seekor lembu yang melintas di Jalan Lahat berhampiran Kuil Sri Karunamariaman, di sini, tengah malam tadi.

Dalam kejadian 12.15 tengah malam itu, Muhammad Azizul Locman, 24, dari yang beralamat di Kampung Cik Zainal Tambahan, Chemor meninggal dunia di tempat kejadian.

Kembarnya, Muhammad Azizan Locman, 24, yang menunggang motosikal berasingan di bahagian belakang bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan kerana sempat mengelak.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa yang menunggang dua motosikal berasingan dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah mereka selepas bermain futsal di gelanggang futsal berhampiran.

Katanya, setibanya di lokasi kejadian, motosikal ditunggang Muhammad Azizul gagal dikawal sebelum melanggar lembu yang sedang melintas jalan.

"Muhammad Azizan yang berada di belakang bagaimanapun sempat mengelak haiwan berkenaan.

"Akibat kemalangan itu, Muhammad Azizul maut di tempat kejadian, manakala seorang lagi mangsa tidak cedera," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Chang Keong berkata, mangsa yang maut dihantar ke Hospital Raja Permaissuri Bainun (HRPB) di sini untuk bedah siasat.

Katanya, siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) APJ 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa,

Farah Suhaidah Othman
myMetro
19 April 2016



0 comments:

Post a Comment