March 2, 2016

Warga emas rentung rumah terbakar

MAYAT mangsa ditemui rentung dalam kebakaran di Kampung Donggozidon, Penampang. FOTO Mohd Ruzaini Zulkepli 

Penampang: Lelaki warga emas ditemui rentung di dalam rumahnya dalam kebakaran di Kampung Donggozidon, dekat sini, petang tadi.

Dalam kejadian 2.40 petang itu, mangsa, Wong Chin Soon, 67, ditemui rentung dalam keadaan tertiarap oleh anggota bomba sebaik kebakaran dipadamkan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Penampang, Akramin Sakirun berkata, pihaknya menerima panggilan pada 2.58 petang sebelum sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sebuah jentera dengan kekuatan 10 anggota dikejarkan ke tempat kejadian untuk operasi memadam kebakaran yang dipercayai memusnahkan sebuah rumah kayu.

"Berdasarkan maklumat awal, lelaki ditemui rentung dalam rumah berkenaan dan mayatnya sudah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.

myMetro 1 Mac 2016

0 comments:

Post a Comment