March 8, 2016

Wanita potong kemaluan lelaki di kebun pisang

GUA MUSANG - Seorang lelaki warga Indonesia yang bekerja di sebuah ladang sawit Pos Pulat di sini, putus kemaluannya disyaki dipotong seorang wanita warga Thailand malam tadi.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Saiful Bahri Abdullah berkata, kejadian berlaku jam 8.30 malam dalam kebun pisang di belakang surau Kampung Gua Air yang terletak kira-kira lapan kilometer dari Pos Pulat.

"Sebelum kejadian mangsa, yang berumur 36 tahun tinggal di rumah kongsi pekerja ladang di Pos Pulat, telah ke Kampung Gua Air menaiki sebuah motosikal bersama seorang rakannya.

"Mangsa tiba di kampung itu untuk menunaikan solat Maghrib, manakala rakannya duduk di kedai berhampiran sambil berbual menerusi telefon bimbit," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, sebaik selesai solat Maghrib, mangsa turun dari surau itu lalu seorang wanita yang dikenalinya mengheret tangannya masuk ke kebun pisang sebelum wanita itu membuka seluar mangsa dan tanpa disedari, wanita itu memotong kemaluannya.  

Katanya, mangsa menyedari kemaluannya dipotong selepas terasa sakit lalu meraung meminta tolong, manakala suspek terbabit sudah beredar dari tempat kejadian.

"Imam surau berkenaan yang terdengar jeritan mangsa meminta tolong, bergegas ke tempat kejadian dan mendapati kemaluan mangsa berlumuran darah.

"Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Gua Musang sebelum dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di Kota Baharu untuk rawatan lanjut. Polis sedang mengesan wanita berusia 19 tahun itu untuk membantu siasatan," katanya. - Bernama

6 Mac 2016


Dah lari ke Siam

Kota Bharu: Polis mendapatkan kerjasama polis antarabangsa (INTERPOL) untuk mengesan suspek wanita yang memotong kemaluan buruh di kebun pisang di Pos Pulat, Gua Musang, 5 Mac lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim, berkata ini kerana suspek warga Thailand itu sudah berada di negara jiran.

Katanya, pihaknya turut mendapatkan kerjasama dengan Polis Thailand.

"Kita percaya suspek lari ke negara asalnya kerana mengetahui sedang diburu.

“Pada masa sama, kami turut menggunakan khidmat INTERPOL untuk membantu menangkap suspek," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Penyerahan Pondok Bit Polis, di sini, hari ini.

Harian Metro sebelum ini melaporkan angkara dendam, buruh warga Indonesia parah selepas kemaluannya putus dikerat dipercayai dengan pisau oleh wanita di kebun pisang di Kampung Gua Air, Pos Pulat, Gua Musang.

myMetro 12 Mac 2016 

0 comments:

Post a Comment