March 26, 2016

Tujuh maut, satu parah van bertembung lori pasir

FOTO daripada FB Geng Johor

Johor Bahru: Tujuh terbunuh dalam kemalangan membabitkan lori pasir di Jalan Seelong Kampung Seelong Jaya, depan kilang jual jentera di Johor Bahru Johor, kira kira 6 pagi ini, hari ini.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, pihaknya menerima panggilan berhubung. pada 6.16 pagi.

Katanya, satu bersama tiga anggota diketuai Pegawai Bomba Noraraasyil Azim Norahmat bergegas ke tempat kejadian.

"Jentera sampai ke lokasi, pada 6.54 pagi. Terdapat lapan mangsa menaiki van terbabit manakala seorang pemandu lori pasir yang tidak membawa muatan.

"Mangsa meninggal dunia berjaya dikenalpasti setakat ini ialah, R Shanmugam, 27, (pemandu van), dan penumpang van iaitu Norsaila Mohd Nor, 32, (meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital di Kulai), Julasri Jahual, 26 dan Lumie Aka Deyo, 30 dan Nurhakim Vassal (tidak diketahui umur).

"Dua lagi penumpang van yang maut belum diketahui maklumat peribadi dan statusnya," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Katanya, seorang mangsa yang parah dikenali sebagai Victoria Anak Iring, 21, kini kritikal di zon merah Hospital Sultanah Aminah.

“Mangsa yang cedera ringan ialah pemandu lori berkenaan Abdul Ronin Awang, 41, yang mendapatkan rawatan di hospital di Kulai," katanya.

myMetro 26 Mac 2016



0 comments:

Post a Comment