March 14, 2016

Tragedi cari kepah

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tumpat untuk bedah siasat. FOTO Siti Rohana Idris

Tumpat: Remaja lelaki berusia 18 tahun lemas selepas mencari kepah bersama lapan rakan di pantai Kampung Jubakar Pantai, di sini, petang tadi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Kubor, Penolong Penguasa Bomba Raja Arisan Raja Ismail berkata, mayat Nik Mohd Syafawi Mohd Noor ditemui pada 7.45 malam tadi kira-kira 20 meter dari lokasi dia tenggelam.

"Pencarian mangsa berjalan lancar kerana paras air semakin surut.

"Kita temui mangsa kira-kira 20 meter dari tempatnya tenggelam dan menyerahkannya kepada keluarga," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini, hari ini.

Sebelum kejadian mangsa bersama rakannya mencari kepah di pantai itu pada 5.15 petang sebelum air pasang besar secara tiba-tiba.

Seorang rakannya, Shahrul Alif Yaakob, 16, yang hampir lemas sempat diselamatkan seorang pemancing.

myMetro 14 Mac 2016



0 comments:

Post a Comment