March 26, 2016

Tinggal air mata kecewa

IBU mahu besarkan 5 anak sendiri selepas diabai suami.

Segamat: “Selagi masih bertenaga, saya akan membesarkan anak,” kata Rahimah, 35, ibu dua remaja berusia 12 dan 16 tahun yang menjadi mangsa penderaan bapa kandung akibat bertubuh gempal.

Rahimah berkata, dia harus tabah menjalani hari mendatang demi membesarkan lima anak berusia dua hingga 16 tahun berkaitan pelajaran, makan, minum serta pakaian.

“Saya pasrah dengan ujian Ilahi dan bersyukur dapat lihat anak membesar di depan mata.

“Saya ambil keputusan berkunjung ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Segamat bagi mendapatkan runding nasihat, semalam (kelmarin),” katanya.

Menurutnya, perkara pertama dilakukan sebaik suaminya berusia 35 tahun ditahan polis adalah mengunjungi semula kediaman yang pernah dibakar lelaki itu beberapa tahun lalu.

myMetro 23 Mac 2016

0 comments:

Post a Comment