March 22, 2016

Tiga mati misteri selepas panjat gunung

INILAH Gunung Datuk di Rembau, Negeri Sembilan setinggi 885 meter tempat dua pendaki menemui ajal ketika mendaki gunung itu kelmarin.

TIGA pendaki menemui ajal secara misteri semasa mereka melakukan aktiviti memanjat gunung dalam keadaan cuaca panas melampau kelmarin.

Di Negeri Sembilan, seorang lelaki, Chung Kwok Kwong, 54, dari Petaling Jaya, Selangor, maut selepas dua jam mendaki Gunung Datuk setinggi 885 meter di Rembau pada pukul 9 pagi kelmarin.

Seorang jurutera perisian, Muhammad Hannan Kamarzaman, 26, turut menemui ajal ketika mendaki gunung tersebut pada pukul 6.30 petang hari yang sama.

Ketika mengulas kes tersebut, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan, Dr. Abdul Rahim Abdullah berkata, Kwok Kwong mati akibat serangan sakit jantung.

Bagaimanapun, dalam kes Muhammad Hannan, beliau tidak menolak kemungkinan ia berpunca daripada strok haba.

Dalam pada itu, seorang lagi pendaki, Saiful Anuar Ahmad Rafie, 41, maut akibat sesak nafas setelah mendaki Gunung Berembun setinggi 1,840 meter di Cameron Highlands, Pahang kira-kira pukul 2.20 petang kelmarin.

Kosmo 21 Mac 2016

0 comments:

Post a Comment