March 2, 2016

Tiga cedera, treler bertembung lori

Keadaan kenderaan yang terbabit kemalangan. FOTO ihsan bomba

Tapah : Tiga lelaki cedera manakala seorang lagi terselamat dalam kemalangan membabitkan treler pengangkut kereta dan lori 10 tan membawa muatan kacang hijau di Kilometer 317 Lebuhraya PLUS arah utara di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 8 pagi, treler itu terbakar sebanyak 50 peratus manakala lori 10 tan terbakar hampir 80 peratus selepas kedua-duanya bertembung.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, setibanya jentera di lokasi kejadian, pihaknya mendapati api marak dan membakar hampir 70 peratus lori 10 tan berkenaan.

Katanya, dalam kebakaran itu, tiga lelaki cedera manakala seorang lagi lelaki terselamat.

"Anggota bertindak melakukan pemadaman menggunakan aliran air bersumberkan tangki dari jentera Balai Bomba Tapah sehingga api dipadamkan sepenuhnya.

"Ketiga-tiga lelaki yang cedera dihantar ke Hospital Tapah dengan ambulans dan van EMRS untuk rawatan lanjut," katanya.

myMetro 1 Mac 2016





0 comments:

Post a Comment