March 26, 2016

Tiga beranak nyaris maut

FOTO ihsan bomba

Nilai: Tiga beranak nyaris maut apabila kereta dinaiki terbabas selepas bergesel dengan sebuah kereta yang hilang kawalan akibat tayar pecah di Kilometer (KM) 272 Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan berhampiran hentian rehat dan rawat (R&R) Seremban, malam tadi.

Dalam kejadian jam 11 malam itu, pemandu Proton Saga BLM berusia 35 tahun dan isteri berusia 34 tahun serta anaknya berusia 10 tahun hanya mengalami kecederaan ringan.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Mohd Syazwan Saidy berkata, pihaknya menerima panggilan jam 11.08 malam sebelum sebuah jentera dengan kekuatan enam anggota segera ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi, kita dapati kemalangan membabitkan dua kereta dan semua mangsa sudah dikeluarkan pengguna jalan raya lain. Mereka tidak mengalami kecederaan serius.

"Berdasarkan pemeriksaan awal kereta Proton Saga dipandu lelaki berusia 33 tahun hilang kawalan akibat tayar pecah dan bergesel dengan kereta dinaiki tiga beranak menyebabkan kereta berkenaan terbabas," katanya.

myMetro 23 Mac 2016



0 comments:

Post a Comment