March 20, 2016

Tertembak tangan sendiri

KEADAAN anggota polis yang terkena tembakan ketika memulakan tugas. (Gambar kecil: Tangan kiri anggota polis yang cedera)

Ranau: Seorang anggota polis cedera di tapak tangan kirinya selepas tertembak tangannya sendiri dalam kejadian di Balai Polis Ranau, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 6.35 pagi tadi itu, Lans Koperal Fitri Ahmad, 29, dikatakan baru sahaja mengambil pistol jenis Semi Auto Walter P99 untuk melakukan tugasan.

Menurut sumber, selepas itu, anggota polis kemudian memasukan magazine dan dipercayai terlupa untuk keluarkan semula magazine berkenaan ketika mangsa tertekan picu lalu meletup.

"Pada masa yang sama, tapak tangan kiri anggota polis itu terletak di depan pistol dan terkena tembakan lalu menembusi tapak tangan mangsa.

"Anggota polis itu kemudian di bawa ke Hospital Ranau untuk rawatan lanjut dan dilaporkan stabil," katanya hari ini.

Sementera itu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Abd Rashid Harun ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenalpasti punca kejadian itu berlaku.

myMetro 19 Mac 2016




0 comments:

Post a Comment