March 22, 2016

Syukur adik selamat


Bukit Beruntung: Kanak-kanak lelaki ditemui terperangkap dalam longkang besar di Emeral East, Rawang, dekat sini.

Kejadian dikatakan berlaku ketika kanak-kanak itu yang dipercayai bersendirian berpaut pada jaring besi penutup longkang besar, pada 12.40 tengah hari semalam.

Pada masa sama arus deras mengalir di dalam longkang berkenaan.

Operasi menyelamat kanak-kanak berkenaan dirakam dan viral hari ini selepas dipercayai dimuat naik penduduk kawasan berkenaan di laman sosial Facebook.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba dan Penyelamat Rawang Nor Faizah Abd Sani, berkata pihaknya menerima panggilan, pada 12.41 tengah hari.

“Kejadian berlaku di kawasan kolam air sedutan Emerald East. Laporan awal budak lelaki 11 tahun terkandas dalam longkang besar. Dia dikeluarkan menggunakan peralatan menyelamat," katanya.

myMetro 20 Mac 2016


0 comments:

Post a Comment