March 26, 2016

Stor rumah sewa penuntut UiTM terbakar

Stor yang terbakar. FOTO ihsan bomba

Kuala Selangor: Stor rumah sewa penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam di Lorong Lautan Samudera, Puncak Alam, di sini musnah dalam kebakaran, pagi tadi.

Dalam kejadian 7.30 pagi itu, kebakaran dapat dipadamkan penghuni dengan bantuan jiran berhampiran sebelum bomba tiba di lokasi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya Rosdi Shafie berkata, pihaknya menerima panggilan pada 7.50 pagi dan enam pegawai serta anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya ke lokasi kejadian.

"Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian, api sudah berjaya dipadamkan penghuni dan dibantu beberapa jiran.

"Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dan punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya.

myMetro 24 Mac 2016


0 comments:

Post a Comment