March 14, 2016

Selisih maut

ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang cedera.

Kota Bharu: Lima sekeluarga nyaris maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas di bahu jalan di Jalan Gua Musang-Kota Bharu, dekat Pahi, Kuala Krai, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 2 pagi, pemandu kenderaan terbabit, Fazwandy Jamaludin, 36, parah manakala isterinya berusia 30 tahun cedera ringan dan tiga anaknya terselamat.

Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Kuala Krai (HKK) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Kejadian dipercayai berlaku selepas kenderaan dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik di bahu jalan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai Mohd Hanif Che Khalid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.12 pagi sebelum lapan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

Katanya, ketika sampai di tempat kejadian, mereka mendapati mangsa sudah dikeluarkan orang ramai.

“Mangsa dibawa ke HKK dengan menaiki kenderaan Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS).

“Dalam kemalangan itu, tiga anak mangsa berusia antara satu hingga tujuh tahun tidak cedera,” katanya.

Beliau berkata, ketika kejadian, pemandu terbabit dikatakan dalam perjalanan menghantar isterinya yang sarat mengandung pulang ke kampung di Kuala Krai.

myMetro 14 Mac 2016




0 comments:

Post a Comment