March 13, 2016

'Saya masih hidup'

PARAMESVARY menunjukkan sijil kematian dan permit kubur didaftarkan atas namanya.

Kuala Lumpur: Saya bukan keluar dari kubur! Peliknya saya dilaporkan mati empat tahun lalu. Malah, mayat saya didakwa dibakar berdasarkan sijil kematian dikeluarkan pihak berkuasa,” kata V Paramesvary, 46.

Perkara itu disedari mangsa apabila dia bersama anaknya, S K Nadesen, 25, membuat pasport di Jabatan Imigresen untuk ke Singapura pada Februari lalu.

Menurutnya, pegawai imigresen bertugas dimaklumkan MyKad miliknya mempunyai masalah.

“Saya mempunyai menghidapi penyakit kencing manis dan darah tinggi, justeru Nadesen mahu membawa saya ke Singapura untuk menjalani rawatan. Bagaimanapun niat saya terhalang berikutan masalah MyKad itu.

“Kami kemudiannya pergi ke JPN untuk mengetahui punca masalah itu. Namun saya terkejut apabila disahkan meninggal dunia sejak 2010 berdasarkan sijil kematian dikeluarkan atas nama dan nombor Mykadnya,” katanya.

Bimbang masalah itu berpunca daripada tindakan individu menyamar dan mahu menyeleweng wang simpanannya, mangsa kemudian mengemaskini akaun di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan mendapati ia masih mencukupi.

“Malah, semakan di Bank Negara mendapati nama saya tidak terbabit sebarang hutang dan tidak disenarai hitam.

“Ini membuatkan saya tambah bingung apabila identiti saya menjadi mangsa klon tanpa diketahui tujuan sebenar suspek,” katanya.

Menurutnya, berdasarkan maklumat, ‘individu’ menggunakan namanya mati akibat mengalami pendarahan di dalam kepala.

“Saya kini berisiko ditahan pihak berkuasa berikutan MyKad saya tidak laku lagi. Saya juga boleh dituduh sebagai warga asing di negara ini walaupun memiliki surat beranak.

“Malah, niat saya mendapatkan rawatan di Singapura terbantut kerana tidak dapat membuat pasport. Saya semakin risau dan tertekan dengan situasi ini,” katanya.

myMetro 11 Mac 2016





0 comments:

Post a Comment