March 9, 2016

Rintihan ajal

YEOH maut di tempat kejadian.

Georgetown: “Saya dengar dentuman kuat dan lihat seorang penunggang motosikal tercampak hampir lima meter.

“Ketika itu, penunggang motosikal terbabit merintih kesakitan sebelum suaranya semakin perlahan dan akhirnya terus diam,” kata saksi kemalangan membabitkan dua motosikal yang mengorbankan seorang lelaki warga emas di Jalan Thean Teik, AIr Itam, malam kelmarin.

Saksi terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Siva, 38, berkata, ketika itu dia berjalan berhampiran kawasan terbabit untuk ke kedai makan berhampiran.

Menurutnya, seorang lagi penunggang motosikal turut merintih meminta pertolongan sebelum orang ramai menghubungi ambulans.

“Ini pengalaman pertama saya melihat kemalangan maut,” katanya di lokasi kejadian.

Dalam kemalangan jam 8.45 malam, mangsa, Yeoh Hean Keong, 63, maut dilokasi kejadian akibat parah di kepala dan badan.

Mangsa ketika itu mahu masuk simpang kanan kawasan perumahan Flat Desa Intan, sebelum sebuah lagi motosikal yang datang dari arah bertentangan merempuhnya.

Rempuhan kuat itu menyebabkan mangsa tercampak manakala penunggang sebuah lagi motosikal yang tidak diketahui identiti parah dan mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, polis menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian terbabit mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan Raya.

myMetro 7 Mac 2016





0 comments:

Post a Comment