March 26, 2016

Rempuh pagar balai polis

PEMANDU rempuh tembok pagar ketika cuba mengelak kereta yang memasuki laluannya. FOTO ihsan pembaca

PEMANDU rempuh tembok pagar ketika cuba mengelak kereta yang memasuki laluannya. FOTO ihsan pembaca

Rembau: Seorang kontraktor nyaris maut apabila pacuan empat roda dipandu merempuh tembok pagar Balai Polis Pedas, Rembau, ketika cuba mengelak kereta yang memasuki laluannya, petang tadi.

Dalam kejadian 5.45 petang itu, pemandu, Lim Kim Siong, 38, dalam perjalanan dari arah Seremban ke Tampin.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Ibrahim Sharif berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian mangsa melihat kereta yang datang dari arah bertentangan memasuki laluannya.

"Mangsa cuba mengelak dan merempuh tembok hadapan Balai Polis Pedas. Mangsa tidak mengalami kecederaan dan polis sedang mengesan pemandu kereta terbabit yang dipercayai melarikan diri," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Peraturan 10, Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

myMetro 23 Mac 2016


0 comments:

Post a Comment