March 16, 2016

Remaja patah rusuk, pendarahan kepala

Abd Hadi patah rusuk kiri selepas terlibat dalam kemalangan di Simpang Tiga Repek.

RANTAU PANJANG - Seorang remaja patah rusuk kiri dan mengalami pendarahan dalam kepala selepas terlibat kemalangan membabitkan motosikal dan lori, di Simpang Tiga Repek, jam 11 pagi, semalam.

Berdasarkan maklumat awal, kedua-dua kenderaan dari arah Lubok Jong menuju ke Pasir Mas.

Ketika di tempat kejadian, pemandu lori, Mohammad Zamri Kamarudin, 31, cuba membelok ke kiri sebelum motosikal mangsa merempuh bahagian kiri lori berkenaan dari arah belakang.

Perlanggaran tersebut menyebabkan mangsa, Abd Hadi Zakaria, 18, mengalami cedera parah, manakala pembonceng, Besah Jusoh, 63, patah jari kaki.

Bagaimanapun, pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kedua-dua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Pasir Mas untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Ibrahim Saad berkata, saksi kejadian diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas untuk membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sinar Harian 16 Mac 2016

0 comments:

Post a Comment