March 26, 2016

Remaja maut terjerut buaian

ALOR SETAR 24 MARCH 2016. (ASM451N/ASB808L) Jenazah Nur Syahirah Mustafa, 14, yang meninggal dunia akibat terjerut tali buaian di lehernya dituntut warisnya di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah untuk di kebumikan di Kampung Alor Kumbang, Pendang.STR/RAHMAT OTHMAN.


Pendang: Remaja perempuan maut selepas lehernya terjerut buaian yang diikat di tiang luar rumahnya Kampung Alor Kumbang di sini, petang semalam.

Dalam kejadian 5.30 petang itu, mangsa Nur Syahirah Mustafa, 14, ditemui bapa saudaranya dalam keadaan melutut dengan lehernya terjerut pada buaian itu.

Ketua Polis Daerah Pendang Deputi Superintendan Fadzil Hashim berkata, bapa saudara mangsa yang tinggal bersebelahan rumah mangsa cuma mengejutkan mangsa yang disangkakan sedang tidur namun mangsa tidak terjaga sebelum dia terus memaklumkan kepada keluarga remaja itu.

Menurutnya, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Yan namun disahkan meninggal dunia sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat.

Kakak mangsa, Norliza Mustafa, 37, berkata, sebelum kejadian itu adiknya sedang bermain dengan anak lelakinya berusia setahun di buaian itu sebelum masuk ke rumah selepas anaknya menangis.

"Adik saya kemudian keluar semula sebelum tidak lama kemudian terkejut dimaklumkan bapa saudara leher adik terjerut pada buaian itu," katanya.

myMetro 24 Mac 2016



0 comments:

Post a Comment