March 9, 2016

Pujuk wanita cuba bunuh diri

ANGGOTA Bomba dan Penyelamat menyelamatkan wanita yang cuba membunuh diri. FOTO ihsan Bomba

Klang: Pasukan bomba berjaya memujuk wanita dipercayai cuba membunuh diri di Pasar Jawa tepi sungai Klang, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 11 pagi itu, wanita berusia 39 tahun berkenaan dilihat dalam keadaan mencurigakan berhampiran sungai.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Raja bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan berhubung insiden berkenaan.

"Setibanya di tempat kejadian, wanita berkenaan sedang menyusuri sungai yang dipenuhi dengan lumpur.

"Tindakan pantas anggota bomba berjaya memujuk wanita berkenaan daripada meneruskan niatnya dan mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis," katanya.

myMetro 7 Mac 2016



0 comments:

Post a Comment