March 13, 2016

Petani maut motosikal bertembung MPV

BESUT – Seorang petani terbunuh apabila motosikal yang ditungganginya bertembung dengan kenderaan MPV Perodua Kembara di KM 2, Jalan Jerteh-Kampung Raja, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian pukul 10 malam itu, mangsa Mohd Sabri Nawi, 44, dari Kampung Gong Pasir, Besut mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, tangan dan kaki.

Mengesahkan kejadian, Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Khaled Che Lah berkata, dalam kejadian itu mangsa sedang menunggang motosikal berseorangan dari arah Jerteh menghala ke Kampung Raja.

"Ketika sampai di kawasan Kampung Nyiur Tujuh mangsa dipercayai cuba memotong sebuah kenderaan di hadapannya sebelum bertembung dengan MPV Perodua Kembara yang dipandu seorang Penolong Jurutera yang datang dari arah bertentangan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu MPV tersebut, seorang wanita berumur 31 tahun, tidak mengalami sebarang kecederaan. -Bernama

12 Mac 2016

0 comments:

Post a Comment