March 11, 2016

Pesara kerajaan maut langgar haiwan

IPOH - Seorang pesara kerajaan maut selepas motosikal yang ditunggangnya dipercayai melanggar binatang yang sedang melintas di Kilometer 2 Jalan Tapah-Cameron Highlands dekat Tapah di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.50 petang itu, V. Murrugesheen, 59, disahkan meninggal dunia di Hospital Tapah kira-kira dua jam kemudian.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superitendan Som Sak Din Keliaw berkata, Murrugesheen yang menunggang motosikal jenis Yamaha Nouvo dalam perjalanan menuju ke Tapah.

"Kemalangan itu dipercayai berlaku secara langgar hadapan tetapi bangkai binatang tidak ditemui di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan hari ini. - Bernama

9 Mac 2016

0 comments:

Post a Comment