March 13, 2016

Penunggang maut dengan tragis

MAYAT Mohd. Hamzah ditutup dengan plastik hitam selepas maut digilis dalam kemalangan melibatkan lima buah kenderaan di Kilometer 97.5 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan dekat Gurun, Sungai Petani kelmarin.

SUNGAI PETANI – Seorang penunggang motosikal maut selepas motosikal yang ditunggang­nya terlibat dalam kemalangan membabitkan lima buah kenderaan di Kilometer 97.5 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan dekat Gurun kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 6.10 petang itu, Mohd. Hamzah Othman, 36, dari Kampung Desa Jaya, Jeneri, Sik meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada badan dan kepala.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md. Zukir Md. Isa berkata, kemalangan itu melibatkan motosikal Modenas yang ditunggang mangsa dengan lima kereta jenis Perodua Kembara, Honda Jazz, Toyota Wish, Honda Accord dan Perodua Myvi.

“Siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai merempuh pintu kenderaan Perodua Kembara yang dibuka secara tiba-tiba di laluan kecemasan menyebabkannya tercampak ke laluan kanan.

“Terdahulu, pemandu kereta Perodua Kembara itu memberhentikan kenderaannya di laluan kecemasan itu akibat rosak,” katanya ketika dihubungi semalam.

Kosmo 12 Mac 2016

0 comments:

Post a Comment